Sunday, February 20, 2011

Naim & Yani

Mcm biasa..this is my third job gua cover alone..lone ranger..haha..This event was held in Sungai Dua, Penang. Naim dan Yani adalah orang2 kuat atau lebih dikenali sebagai MPP masa kat UTeM (Uni Teknikal Malaysia Melaka) dulu. Bila dorg start bercinta gua pun xtau, tp gua folow rapat gak la gosip dorg ni..haha..

Meh aku bercerita lebih lagi tentang Naim. Bab2 ni memg aku suke :) =

1. Naim adalah exco sukan dan rekreasi. Exco ni involve dalam semua aktiviti sukan yg berlaku di Universiti. Oleh sebab itu, die suka memakai kasut SPORT walau kemana sahaja die pergi termasuklah event korporat dimana kita perlu pakai Blazer.

2. Semua exco MPP diberikan Blazer scara perchuma dimana blazer yg ditempah semua adalah ber saiz besar dari badan2 exco. Tetapi Naim kehilangan blazernya disebabkan blazernya di kisar Motor.

3. SS 2 adalah motor yg ditunggang oleh Naim sewaktu di Uni. Tapi aku rase motor ni dah xda da kot disebabkan telah dicuri oleh Ketua geng Kidnap Motor.

4. Naim pernah menjadi Ketua Kontigen Utem yg mana kalo x salah telah menerima Anugerah dari menteri pengajian tinggi waktu tu.

5. Menepati waktu adalah satu yg penting time meeting. Aku rasa Naim xpernah datang lambat kerana die sentiasa menepati waktu. Tp dalam meeting semua suke membuli YDP.

Aku rase cukuplah 5 point tp aku rase masih byk lagi kenangan aku dan Naim sepanjang perkenalah aku ngan die. So Naim jgnlah marah ye bila ko baca ni.

Majlis berlangsung di rumah Yani dan punyelah senang nk cari rumahnye..just cari Tesco Extra kat Sungai Dua. Bole jalan kaki je dari situ.Anyway layan wedding pict:





Monday, February 14, 2011

Maternity


Mungkin ini adalah salah satu saat yang dinantikan oleh pasangan yang baru sahaja berkahwin; Mengandung dan mendapat zuriat..Memang sesuatu yang dinanti-nantikan oleh mertua especially anak yg sulung..hehe..memang satu kelebihan lah ber suami kan photographer untuk mendapatkan shot2 time tenga mengandung..tp apekan daya jika si suami yg photographer lah katekan agak pemalas..hehe..nk disuruh baru nk buat..macam paku nk tunggu tukul ketuk..biaselah..masa kat Uni dulu pun memg dah ade tanda2 pemalas..assignment pun copy2..bukan ape cuma citarasa si photographer ni agak high lah..nak kan shoot yg terbaik yg bole dijadikan kenang-kenangan..

so nk dijadikan cerita, my wife ade kursus time ni kat tempat yg bole dikatekan agak mewah..tapi mknan servis mcm hampeh..xyala nk mention tmpat ni..tp kat Port Dickson lah tempatnye..lepas check in teruslah kami menghala ke bilik..masuk-masuk bilik je alangkah bestnye tengok ambient dari luar masuk ke bilik..warna yg keemasan..gua pun ape lagi..terlintaslah idea nk amik gmba wife..yg lebih menarik lagi warna baju yg dipakai oleh wife amatlah sesuai dan kene ngan cahaya..

time ni wife dah tergesa-gesa nak masuk kursus dah...so xbanyak masa nk set up sume...mcm biase utk shoot yg gua rase menarik mesti diambil guna RAW..supaya details sume dapat di rakam...so gua mintak wife pose kat tepi tingkap n snap lah..

lepas dapat snap punye lah happy gua..nak tau sebab ape?
1- Details baju sangat menyerlah.
2- Ambient dari tingkap memberikan impak warm kepada subjek (wife)
3- Moment yg terhasil dari subjek menunjukkan emosi yg dingin.

so pengajaran dari cite ni:
1- Cahaya memainkan peranan penting utk menghasilkan satu gmbar yg menarik. Cuba sedaya upaya cari avilable light, elakkan guna flash
2- Warna sangat penting utk memberikan impak kepada gmbar. Untuk naikkan warna ada yg gua saturation dalam post processing. Cari baju yg berwarna menarik dan sesuai dengan perwatakan.
3- Moment utk emosi gmbar. Minta subjek utk pose dan selesa dengan ape yg digayakan. Mungkin mengambil masa utk subjeck feel loose and easy. Sedikit arahan diperlukan supaya subjek x kaku.

Bukan senang nk dapatkan satu gmbar yg benar-benar memberi impak.so try n error lah

Monday, January 31, 2011

Moment


Terdetik di hati untuk menulis berkaitan moment..apakah yg dikatakan dengan moment?moment ialah detik atau masa..kadang kala kita terfikir apakah detik yg terindah dalam hidup..bila dipikir yg terindah mula lah tersenyum simpul...sambil pejam mata..wah best nye..tp bila kite pikirkan pula moment atau detik atau masa pabila kita berada di waktu yg getir atau waktu2 kesusahan..mula la kite bermain dengan emosi..sedih pilu dan kadang2 bole bergenang air mata..

Dalam fotografi, merakamkan moment adalah tersangat penting. ia berkaitan dengan emosi yg di pindahkan dari sekeping gmbar kepada seseorang yg melihatnya..seseorang mungkin tertawan dengan keunikan sesebuah gmbar jika daya tarikan yg boleh menyentuh emosi tersangat kuat.

Tuesday, January 25, 2011

Tips: Mengambil Gambar Lanscape



Sekali sekala eloklah kite pergi bercuti2 malaysia. Melihat keindahan yg ada di Malaysia ni. Tp jgn lupa bwk kamera korg supaya boleh merakamkan kenangan korg kat tempat tu. So disini sy ingin kongsikan sedikit tips supaya gmbr2 tersebut kelihatan lebih menarik dan memberi impak:

1- Cuba gabungkan element tanah dan langit dlm gmbar anda
Supaya gmbar nmpk lebih ceria dengan warna biru (awan) dan coklat/hijau (tanah. Bahagikan view finder anda kepada 3 .Cuba masukkan satu per tiga awan dan dua pertiga tanah atau sebaliknya.

2- Cari pattern
Kalau ade pokok2 yg tersusun ker, batu2 yg ade pattern, background yg bersegi2 dan lain2.

3- Tentukan titik tumpu
Ape yg anda nk nmpkkan dalam gmbar tersebut? Biar titik tumpu tu menyerlah dari objek2 lain yg ade dlm gmbar

Cube try tips ni masa korg g bercuti dimana2lah..ok?
hehe mgu depan gua nk ke peneng..cuti2 malaysia

Monday, January 24, 2011

Tips: Mengambil Gambar Hantaran


Apa itu hantaran?
Hantaran ialah barang2 pemberian yg dihadiahkan oleh kedua2 belah pengantin semasa majlis pernikahan. Jumlah hantaran kadang2 telah ditetapkan semasa bertunang, tp ada kalanya ditetapkan selepas bertunang dan ianya adalah dari nombor2 yg ganjil seperti 7-9, 11-13, 5-7 dan sebagainya. Cth pihak pengantin lelaki akan memberi 5 dan pihak perempuan pula membalasnya dengan 'lebih dua' = 7.

Barang2 hantaran ni ada kalanya mengambil masa yg lama utk disiapkan dan ada pula yg ditempah dengan harga yg mahal. so, sebagai tukang amik gmbar gmbar hantaran mestilah diambil tidak kira satu2 atau semua skali.

Tumpu pada apa yg menarik pada hantaran tersebut. Cthnye: hiasan diatas hantaran, barang2 hantarannya, bakul2 decoration dan sebagainye. Focus/sharp kan gmbar tersebut supaya org2 yg melihatnye "owh" "wow" "wah" cantiknya hantaran..

Cari background yg simple dan kemas. Ada juga photog yg bawa kain putih sebagai alas hantaran tp kalo yg xda tu bole la cari lantai yg kemas dan bersih.

Naikkan warna supaya tidak nmpak plain je gmbar tu. Edit la cket samada dlm photoshop atau lightroom.

Setakat ni je sharing utk kalini. Selamat mencuba :)