Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Tuesday, June 8, 2010

Lagenda Budak Setan




Bila kuar cite ni terigt zaman dulu2...zaman budak sek especially budak ppuan yg ske baca novel2 ni..memula memg aku anti-novel n duk pk kan napela dorg ni ske baca buku yg tebal2...coz time tu aku memg xske baca ape2 jenis buku melainkan komik haha..pastu ntah camne aiman ariff @ membe baik aku terjebak plak..bukan je ske baca malah sanggup kumpul duit nk beli n buat koleksi..perh..aku pun layankan je..kawan baik..novel pertama yg buat aku terjebak ialah novel dari Ramli Awang Murshid novelis thriller..gile bes cite die..title die MANDATORI..memg live betul cite die..takut seram suke sume ade...pastu terus gua sambung dengan semangat hutan..bes giler cite tentang semangat org srwk dlm mempertahankan tanah dan harta mereka..
mencari dan terus mencari pastu terjumpa plak dengan citer budak setan ni..terus menjiwangkan diri..haha..sambung dengan Katerina, Pilot Cafe, Joy dan mcm2la...da x igt..

mgu lepas sempat juga gua layankan cite ni ditemani isteri..gua dah igt2 lupa detail2 die tp masih bole ikut la jgk...rasa mcm cite ni dikompress n short cut byk jgkla..tp memg kalo nk buat detail mest berjam2 pun xabis..anyway memg gua enjoy sgt cite ni..n ternanti2 smbungannye..katerina..anak kasyah..dan Cinta terhebat Kasyah!

Tuesday, October 20, 2009

P@P@DOM

Setelah sekian lama gua x menonton wayang, sebulan yg lalu eh bukan agak2 5 bulan yg lalu kot..huhu lama gak xtgk wayang..skali bila kua cite ni gua rase tertarik utk g tgk cite ni kat wayang..lepas trenin yg mengerikan pagi ahad aritu gua pun berangkatla ke Jusco bukit tinggi Klang..

Cite ni berkisar mengenai seorang papa/ayah yg bertanggungjawag menjaga anaknye di zaman universiti. Memula je da lawak da..ade mamat2 ber boria memulakan cerita. Saadom lakonan afdlin shauki memulakan bisnes nasi kandar secara kecil kecilan namun bisnes membesar akibat bantuan 2 rakan karib beliau.

Setelah Berjaya membuka banyak cawangan, anaknya pun terabai dan dijaga diasuh oleh ibunya sahaja dimana ayat yg agak bes..”dom anak awak ni mcm da xde bapak da tau..” dan..terus tereksiden..

Semenjak tula saadom mengambil alih tugas ibu kepada anaknya miasara. Banyak adengan2 yg bes membuatkan cite ni lite and easy pada awalnye..konflik tercetus apabila miasara nak g ke Universiti dan nak hidup bebas tanpa dikong kong bapanya.

Kt u plak banyak kisahnya dimana salah seorang rakan kelasnye bernama “wajib tayang” pelik betul la watak2 dalam cite ni. Apepon adengan berkisar situasi perfileman semasa dan situasi penonton yg memg kene memahami maksud tersirat dalam setiap babak.

Kesimpulaan yg dapat disimpulkan dan tersimpul dalam sampul surat:
1. kalau jadi ayah tu kenela memahami anak dan perlu meluangkan masa untuk keluarga.
2. Hubungan keluarga memg x dpt dipisahkan walau apepon. Ingatlah insan yg tersayang(family la).
3. wang bukan segalanya. Hargailah masa lebih daripada wang kerana wang boleh dicari tetapi masa yg berlalu x boleh ditukar ganti atau di cari dimana2.
4. Kita x dapat melindungi insan yg kita sayang sepanjang masa. So bila kita ada bersama orang yg tersayang maka hargailah dan lindungilah meraka.

Gua mengeradekan cite ni 5 star out of 5.memg cite ni layak mendapat anugerah filem terbaik. Gua memg salute dengan kekreatifan si afdlin ni mengolah gaya cerita membuatkan penonton bermain perasaan suka, gelak tawa, sedih dan pilu disepanjang cerita. Macam ade wave of feeling hehe